(News) Nordin Mat Top Selamat Dikebumikan !!
PONTIAN: Sembilan tahun selepas beliau melarikan diri dari Malaysia, pengganas nombor satu Asia Noordin Mat Top yang terbunuh di Indonesia bulan lepas, selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kayu Ara Pasong di sini kira-kira 7 malam ini.
Sebelum itu, ketibaan jenazah allahyarham Nordin yang mengetuai kumpulan serpihan radikal Jemaah Islamiyah (JI) di Masjid Nurul Iman kampung berkenaan kira-kira 6 petang telah disambut dengan laungan "Allahhuakbar" oleh lebih 500 penduduk kampung itu.
Jenazah allahyarham yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Jakarta dengan penerbangan Malaysia Airlines kira-kira 3 petang, telah dibawa pulang ke Pontian menggunakan van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya dengan diiringi oleh anggota polis.
Abang Noordin, Yahya dan isteri pertamanya, Siti Rahmah Rusdi, seorang guru al-Quran di Kampung Sungai Tiram, Johor Baharu yang telah ke Jakarta semalam untuk menuntut jenazah allahyarham di Rumah Sakit Kramat Jati, turut mengiringi perjalanan terakhir jenazah kembali ke kampung halamannya hari ini.
Noordin yang mengetuai kumpulan serpihan JI yang dikenali sebagai "Tandzim Al-Qaedat Jihad Indonesia" terbunuh pada 17 Sept lepas di dalam satu operasi oleh pasukan khas anti keganasan Indonesia Detasmen Khusus 88 di Kepuhsari, Solo, Jawa Tengah.
Turut sama kelihatan di masjid terbabit adalah tiga orang anak Noordin hasil perkahwinannya dengan Siti Rahmah dan sanak saudara beliau.
Sejurus selepas jenazah tiba di perkarangan masjid, beberapa anggota keluarga rapat allahyarham tidak dapat mengawal emosi dengan menitiskan air mata dan ada yang pengsan sebaik sahaja melihat keranda yang bertuliskan nama Noordin dibawa masuk untuk solat jenazah.
Sementara itu, Masjid Nurul Iman yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah keluarga Noordin mulai sesak dengan anggota keluarga dan penduduk kampung sejak awal pagi selepas berita tentang pengebumiannya hari ini tersebar.
Jalan raya menuju ke masjid, rumah keluarga Noordin dan tanah perkuburan di kawal ketat oleh anggota polis bagi memastikan upacara pengebumian allahyarham berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Noordin yang dikenali sebagai "Money Man" bagi JI didakwa bertanggungjawab merancang siri pengeboman di Indonesia termasuk serangan ke atas dua buah hotel mewah di Jakarta barubaru ini yang mengakibatkan sembilan orang terbunuh termasuk dua orang pengebom berani mati.
Pada November 2005, rakan baik Noordin yang juga merupakan bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azahari Hussin yang digelar "Demolition Man" kerana kepakarannya membuat bom terbunuh di dalam satu operasi pasukan keselamatan Indonesia di Malang, Jawa Timur.BERNAMA
9:27 AM | 0 Comments
Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir DUN N11
Tahniah kepada Pas… semoga yang menang dapat melunaskan segala tanggungjawab dengan baik dan sempurna~
Salleh memperoleh 9,618 undi, sekali gus berjaya dalam percubaan kali keenam bertanding pilihan raya.
“Ini menunjukkan Pakatan Rakyat berada dalam keadaan kukuh dan akan merapatkan kerjasama di kalangan anggota komponen Pakatan Rakyat,” kata beliau yang tiba di pusat penjumlahan undi IKBN pada pukul 6.30 petang dengan berpakaian batik.
Rohaizat, 38, pula mendapat 5,067 undi. Undi rosak adalah sebanyak 83. Rohaizat menerima keputusan ini dengan menganggapnya sebagai satu proses demokrasi.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Salleh Man dan berharap beliau akan melaksanakan khidmat dengan baik kepada masyarakat Permatang Pasir,” kata beliau ketika dihubungi.
Jelas beliau, undi yang diperolehnya adalah konsisten dengan apa yang diterima pada Mac 2008 dan ia juga menunjukkan BN masih mempunyai sokongan padu. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang. Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga berturut-turut dengan kelebihan 5,433 undi.
Keputusan rasmi pilihan raya kecil diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang - tepat waktu berbuka puasa di sini. Pengumuman kali ini, yang dilihat paling cepat berbanding mana-mana pilihan raya yang lain dibuat dalam waktu yang singkat.
Awalnya SPR telah bercadang untuk membuat pengumuman keputusan pada pukul 8 malam. Pada pilihan raya umum Mac 2008, kerusi itu dimenangi buat kali ketiga oleh Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman yang memperoleh 11,004 undi.
Ketika itu peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 82.5 peratus. Kali ini peratusan keluar mengundi hanya 73.1 peratus. Beliau meninggal dunia pada 31 Julai lalu, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ini.
PAS dan BN turun gelanggang pilihan raya kecil ini masing-masing untuk mengekalkan dan merampas kerusi ini. BN kehilangan kerusi ini pada tahun 1999.
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan hari ini merupakan pengertian bermakna kepada pihaknya selepas menang tipis pada pilihan raya DUN Manek Urai bulan lalu.
“Sebenarnya kami telah bekerja keras ke arah kemenangan lebih besar dan sebagaimana saya katakan sebelum ini, kemenangan dengan majoriti satu undi pun kemenangan juga,” katanya.
11:27 PM | 0 Comments
(Killer) Mangsa dera dibunuh suami

KUALA LUMPUR - Sudah sembilan tahun Subaidah Abu Bakar, 30, menanggung derita kerana menjadi hamba dera suaminya yang merupakan seorang penagih dadah.
Dalam tempoh itu, Subaidah dikatakan telah lima kali membuat laporan polis namun setiap kali laporan dibuat wanita itu pasti akan menarik balik semula laporan tersebut lantaran sayang terhadap suaminya yang berusia 34 tahun.
Dikatakan setiap kali didera, Subaidah sudah pasti teruk dipukul bukan saja dengan tukul besi, dicucuh dengan api rokok dan kepala dihantuk ke dinding. Apa-apa saja yang tercapai oleh tangan suaminya pasti objek itu hinggap ke atas tubuhnya sebagai 'hadiah'.
Derita berpanjangan wanita itu berakhir semalam apabila dia ditemui mati di tingkat tiga sebuah hotel di Jalan Kepong Usaha 2 di sini dipercayai angkara suaminya.
Mangsa dipercayai dibunuh antara pukul 12 malam dan 4 pagi. Sebelum tragedi itu, pasangan dari Slim River, Perak itu yang tinggal di hotel sejak Jumaat lalu dipercayai bergaduh ekoran si suami menuduh mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam pergaduhan itu, suami mangsa yang bagai orang hilang akal dipercayai telah menghentak dan melibas kepala dan seluruh badan mangsa dengan cerek, termos dan wayar
9:44 PM | 0 Comments
(Mahkamah) 'Sarjan Lim' mengaku kepada saksi curi dua buah buku !!
KUALA LUMPUR 29 Julai - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini yang pelakon drama bersiri Gerak Khas, Mohd. Farid Amirul Hisham mengaku mencuri dua buah buku ketika dia disiasat selepas ditangkap di kedai buku MPH.
Mohd. Haqib Mohd. Yusof, 18, yang bekerja sebagai penyiasat dalaman di kedai buku tersebut berkata, tangkapan dibuat selepas dia memerhati gerak-geri Mohd. Farid, 43, yang dilihat menanggalkan tanda harga serta alat penggera sensormatik daripada dua buah buku.
Menurutnya, tertuduh memasukkan buku berkenaan ke dalam beg sandang berwarna biru gelap sebelum pergi ke kaunter pembayaran untuk membuat bayaran ke atas dua buah buku lain yang dibelinya.
''Saya dan penyelia mengekori tertuduh setelah mendapati penggera sensormatik tidak berbunyi ketika dia keluar, kami melakukan siasatan ke atasnya dan mendapati terdapat dua buah buku lain iaitu The Sistine Secrets dan Decoding The Heavens di dalam beg yang disandangnya itu,'' katanya.
Saksi pendakwaan pertama itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli pada hari pertama perbicaraan terhadap Mohd. Farid yang memegang watak Sarjan Lim dalam drama bercorak kepolisan popular itu.
Pelakon tersebut yang nama sebenarnya, Mohd. Farid Amirul Hisham Wu Abdullah didakwa atas tuduhan mencuri dua buah buku tersebut yang berharga RM194.90 di kedai buku MPH di pasar raya Midvalley, di sini pada pukul 7.15 malam, 27 Mac lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Semasa disoal balas oleh peguam bela tertuduh, Nor Azri Mohd. Arif, saksi tersebut tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu yang mengatakan sebenarnya individu yang melihat semua gerak geri tertuduh ialah seorang pekerja warga Bangladesh.
Ini kerana, katanya, tiada pekerja Bangladesh yang bekerja di kedai buku tersebut.
Perbicaraan di hadapan Majistret Mohd. Faizi Che Abu bersambung 7 Ogos ini.
Zoom komen: Pelik tapi Benar...
9:41 PM | 0 Comments
(H1N1) Mangsa Ke 4 H1N1 !!!!
Ramli adalah bapa kepada remaja perempuan, Nur Syazwana, 20, yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) di Hospital Melaka pagi semalam.
Nur Syazwana yang membantu bapanya berniaga di kedai makan tidak jauh dari rumahnya di Taman Cempaka di sini meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Peringgit.
P/S : Jika Anda Demam,batuk,Lenguh2 Yang berterusan Pergilah Ke Hospital,Jangan Pergi Ke Klinik..confirm DR akan bagi Ubat Demam Dan Tahan Sakit..
9:28 PM | 0 Comments
Nordin Mat Top tidak berada di Malaysia
21/07/2009 1:05pm
KUALA LUMPUR 21 Julai - Pakar bahan letupan, Nordin Mat Top yang dikaitkan dengan beberapa siri pengeboman di Indonesia tidak berada di Malaysia, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sini hari ini.
- BERNAMA
10:35 PM | 0 Comments
Taxi and bus services: What improvement can we expect?
When Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz said public transport companies are expected to improve their level of service after the recent fare hike, it is important to spell out specifically what changes we can expect, and how he expects those changes to happen.
Otherwise it is wishful thinking.If he is serious about expecting an improvement in service quality, he could start by enumerating some key components of service quality in the public transport system.Here are a several components from the perspective of the customer:
FOR BUSES: Punctuality according to a schedule that is displayed. No overcrowding in buses. Comfortable bus stops. Air-conditioning that works and safety.
FOR TAXIS: Available at all reasonable times like morning and evening, use of meter that is properly calibrated, no picking and choosing passengers according to destination, Cleanliness. Courtesy would be a nice extra.So Nazri, can we expect improvement in all of the above?
What targets have you set for the above key result areas? What specific measures have you put in place to initiate these changes happen?I'm sure the good minister is not so naive as to think that by merely increasing the fares, errant public transport operators are going to mend their ways.What mechanism is being set up to monitor the service quality level of the public transport system?
M0re statements about improved service quality are just hot air and an insult to the intelligence to the man or woman in the street waiting for public transport.
INFO : Malaysia Kini
10:26 PM | 0 Comments
Custodial deaths: Amnesty alarmed
The Malaysian chapter of the world human rights organisation Amnesty International has expressed concerns over the death of DAP political aide Toeh Beng Hock while in the Malaysian Anti-Corruption Commission.
10:25 PM | 0 Comments
(Wabak) Influenza A (H1N1)
ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.
PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?
Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).
Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin. • Jangan pergi ke sekolah;• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;• Tidak minum air yang secukupnya;• Tidak bangun dan berinteraksi;• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my
11:10 PM | 0 Comments