feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

(Mahkamah) 'Sarjan Lim' mengaku kepada saksi curi dua buah buku !!

Labels: , , ,

KUALA LUMPUR 29 Julai - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini yang pelakon drama bersiri Gerak Khas, Mohd. Farid Amirul Hisham mengaku mencuri dua buah buku ketika dia disiasat selepas ditangkap di kedai buku MPH.
Mohd. Haqib Mohd. Yusof, 18, yang bekerja sebagai penyiasat dalaman di kedai buku tersebut berkata, tangkapan dibuat selepas dia memerhati gerak-geri Mohd. Farid, 43, yang dilihat menanggalkan tanda harga serta alat penggera sensormatik daripada dua buah buku.
Menurutnya, tertuduh memasukkan buku berkenaan ke dalam beg sandang berwarna biru gelap sebelum pergi ke kaunter pembayaran untuk membuat bayaran ke atas dua buah buku lain yang dibelinya.
''Saya dan penyelia mengekori tertuduh setelah mendapati penggera sensormatik tidak berbunyi ketika dia keluar, kami melakukan siasatan ke atasnya dan mendapati terdapat dua buah buku lain iaitu The Sistine Secrets dan Decoding The Heavens di dalam beg yang disandangnya itu,'' katanya.
Saksi pendakwaan pertama itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli pada hari pertama perbicaraan terhadap Mohd. Farid yang memegang watak Sarjan Lim dalam drama bercorak kepolisan popular itu.
Pelakon tersebut yang nama sebenarnya, Mohd. Farid Amirul Hisham Wu Abdullah didakwa atas tuduhan mencuri dua buah buku tersebut yang berharga RM194.90 di kedai buku MPH di pasar raya Midvalley, di sini pada pukul 7.15 malam, 27 Mac lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Semasa disoal balas oleh peguam bela tertuduh, Nor Azri Mohd. Arif, saksi tersebut tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu yang mengatakan sebenarnya individu yang melihat semua gerak geri tertuduh ialah seorang pekerja warga Bangladesh.
Ini kerana, katanya, tiada pekerja Bangladesh yang bekerja di kedai buku tersebut.
Perbicaraan di hadapan Majistret Mohd. Faizi Che Abu bersambung 7 Ogos ini.
Zoom komen: Pelik tapi Benar...





0 comments:

Post a Comment