feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

(Killer) Mangsa dera dibunuh suami

Labels: , , ,


KUALA LUMPUR - Sudah sembilan tahun Subaidah Abu Bakar, 30, menanggung derita kerana menjadi hamba dera suaminya yang merupakan seorang penagih dadah.
Dalam tempoh itu, Subaidah dikatakan telah lima kali membuat laporan polis namun setiap kali laporan dibuat wanita itu pasti akan menarik balik semula laporan tersebut lantaran sayang terhadap suaminya yang berusia 34 tahun.
Dikatakan setiap kali didera, Subaidah sudah pasti teruk dipukul bukan saja dengan tukul besi, dicucuh dengan api rokok dan kepala dihantuk ke dinding. Apa-apa saja yang tercapai oleh tangan suaminya pasti objek itu hinggap ke atas tubuhnya sebagai 'hadiah'.
Derita berpanjangan wanita itu berakhir semalam apabila dia ditemui mati di tingkat tiga sebuah hotel di Jalan Kepong Usaha 2 di sini dipercayai angkara suaminya.
Mangsa dipercayai dibunuh antara pukul 12 malam dan 4 pagi. Sebelum tragedi itu, pasangan dari Slim River, Perak itu yang tinggal di hotel sejak Jumaat lalu dipercayai bergaduh ekoran si suami menuduh mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam pergaduhan itu, suami mangsa yang bagai orang hilang akal dipercayai telah menghentak dan melibas kepala dan seluruh badan mangsa dengan cerek, termos dan wayar







(Mahkamah) 'Sarjan Lim' mengaku kepada saksi curi dua buah buku !!

Labels: , , ,

KUALA LUMPUR 29 Julai - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini yang pelakon drama bersiri Gerak Khas, Mohd. Farid Amirul Hisham mengaku mencuri dua buah buku ketika dia disiasat selepas ditangkap di kedai buku MPH.
Mohd. Haqib Mohd. Yusof, 18, yang bekerja sebagai penyiasat dalaman di kedai buku tersebut berkata, tangkapan dibuat selepas dia memerhati gerak-geri Mohd. Farid, 43, yang dilihat menanggalkan tanda harga serta alat penggera sensormatik daripada dua buah buku.
Menurutnya, tertuduh memasukkan buku berkenaan ke dalam beg sandang berwarna biru gelap sebelum pergi ke kaunter pembayaran untuk membuat bayaran ke atas dua buah buku lain yang dibelinya.
''Saya dan penyelia mengekori tertuduh setelah mendapati penggera sensormatik tidak berbunyi ketika dia keluar, kami melakukan siasatan ke atasnya dan mendapati terdapat dua buah buku lain iaitu The Sistine Secrets dan Decoding The Heavens di dalam beg yang disandangnya itu,'' katanya.
Saksi pendakwaan pertama itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli pada hari pertama perbicaraan terhadap Mohd. Farid yang memegang watak Sarjan Lim dalam drama bercorak kepolisan popular itu.
Pelakon tersebut yang nama sebenarnya, Mohd. Farid Amirul Hisham Wu Abdullah didakwa atas tuduhan mencuri dua buah buku tersebut yang berharga RM194.90 di kedai buku MPH di pasar raya Midvalley, di sini pada pukul 7.15 malam, 27 Mac lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Semasa disoal balas oleh peguam bela tertuduh, Nor Azri Mohd. Arif, saksi tersebut tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu yang mengatakan sebenarnya individu yang melihat semua gerak geri tertuduh ialah seorang pekerja warga Bangladesh.
Ini kerana, katanya, tiada pekerja Bangladesh yang bekerja di kedai buku tersebut.
Perbicaraan di hadapan Majistret Mohd. Faizi Che Abu bersambung 7 Ogos ini.
Zoom komen: Pelik tapi Benar...



(Hot News) Inkues Beng Hock bermula !!!!

Labels: , , ,


AHLI keluarga mendiang Beng Hock (dari kiri) Teoh Lee Lan, Teoh Leong Kwee, Soh Cher Mei dan Teoh Meng Kee menunggu sebelum siasatan inkues kes siasatan dimulakan di Mahkamah Majistret 5, Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor, semalam.

Zoom Tak Tau Lah Siapa Dalang Di Sebalik Pembunuhan Teoh ni,Zoom Tak rasa Teoh Bunuh Diri.Sama-sama la kita tunggu dah lihat,Zoom Pun nak tau berapa lama kes ini berjalan..Ini High Profil Jugak ni..macam Kes gadis Mongolia tu..Apa Komen U Alls





(H1N1) Mangsa Ke 4 H1N1 !!!!

Labels: , , ,

Ramli adalah bapa kepada remaja perempuan, Nur Syazwana, 20, yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) di Hospital Melaka pagi semalam.
Nur Syazwana yang membantu bapanya berniaga di kedai makan tidak jauh dari rumahnya di Taman Cempaka di sini meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Peringgit.

P/S : Jika Anda Demam,batuk,Lenguh2 Yang berterusan Pergilah Ke Hospital,Jangan Pergi Ke Klinik..confirm DR akan bagi Ubat Demam Dan Tahan Sakit..